Friday, September 3, 2010

ULAMA' PEWARIS NABI SAW


ULAMA' PEWARIS NABI SAW


Sabda Nabi saw:..."Maka mereka (Ahlul Bait Nabi saw)adalah keturunanku,diciptakan oleh (ALLAH swt)dari darah dagingku dan dikurniakan kepada mereka ilmu dan pengetahuan.Celakalah orang dari kalangan umatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubunganku dengan mereka .orang-orang seperti itu tidak akan diturunkan syafaatku(pertolonganku di akhirat kelak)......Hadist Riwayat Imam Tabrani & Al-Hakim.

Al-Habib Umar Bin Al-Hafidz berasal dari kota Tarim,Hadratulmaut Yaman.Beliau merupakan keturunan yang ke39 daripada baginda Nabi Muhammad saw melalui salasilah Saiyidina Husain Bin Ali Bin Abi Thalib RA & sayidatina Fathimah Azzahra RA.
Semenjak kecil lagi beliau sudah menghafal Al-Quran.Beliau merupakan seorang ahli Hadist yang mencapai taraf Al-Hafidz iaitu telah menghafadz lebih 100 ribu Hadist besrta sanad dan hukum matan.Beliau juga digelar dengan panggilan Al-Musnid iaitu orang yang mampu menghafadz penuh setiap salasilah hadist sehingga Nabi saw.
Beliau juga digelar Al-Mufassir iaitu ahli tafsir Al-Quran yang menghafadz setiap Asbabulnuzul dan didukung dengan Hadist-Hadist yang sahih beserta asbabul Wurudnya.
Al-Habib Umar adalah seorang penda'wah sekaligus seorang ahli sufi yang berjalan teguh di atas landasan ahli sunnah waljamaah.

0 comments:

Post a Comment